Kita sebenarnya boleh memberikan nama kepada “cells” atau satu kumpulan cells(range of cells) didalam Excel.
Dengan memberikan nama kepada cells atau range of cells, ianya nanti boleh digunakan bila kita merujuk kepadanya dibahagian yang lain.
Sebagai contoh:
1. Masukkan nilai 2000 pada Cell A1
2. Kita boleh namakan Cell A1 sebagai “TapakMula”
3. Pilih Cell B10
4. Masukkan formula “=TapakMula” pada Cell B10
5. Excel akan memberikan nilai 2000 pada Cell B10
Bagaimana nak menamakan sesuatu Cell?
1. Pilih Cell yang dikehendaki
2. Taipkan nama pilihan di”Name Box” dan tekan enter
3. Lokasi “Name Box” adalah seperti dibawah

Formula yang ditaip sebagai sebagai “KadarBank*PinjamanRHB” adalah lebih bermakna berbanding dengan formula yang ditaip sebagai “D3*W25”
Demo video adalah seperti berikut:
That’s it……………
0 comments:
Post a Comment